Matlamat projek ini ialah untuk memudahkan ahli kelab untuk memiliki motosikal idaman ramai ini dengan menggunakan kaedah Ekonomi Permuafakatan melalui Kelab Jom Motor Kelantan sekaligus TIDAK PERLU membayar keseluruhan harga motosikal ini yang bernilai lebih dari RM7,000.00.
Kaedah EP ini membolehkan seseorang itu memiliki sesuatu secara berkumpulan, maksudnya, apabila kelab membeli motosikal dengan bilangan yang banyak, kelab akan menerima komisyen dari pengedar motosikal dan pihak yang memberi pinjaman. Komisyen ini yang digunakan untuk membayar ansuran bulanan ahli DENGAN SYARAT ahli mengikut apa yang ditetapkan oleh kelab.
Melalui pendekatan ini, ahli hanya perlu membayar RM400.00, sekali sahaja dan apabila jaringan mereka berkembang, bayaran bulanan untuk menjelaskan ansuran dapat dilakukan dalam masa yang singkat.
Kelayakkan
- Ditawarkan kepada ahli Kelab Jom Motor Kelantan.
Syarat Wajib
- Layak membuat pinjaman mengikut Syarat dan Terma yang ditetapkan oleh SINGER.
- Mempunyai seorang Pengenal.
- Mengenalkan 5 rakan yang juga ingin memiliki motosikal yang sama.
- Membuat bayaran sebanyak RM400.00 semasa menghantar borang.
Proses
- Ahli yang berminat boleh muat turun Borang Permohonan di Halaman Borang-Borang.
- Permohonan ke SINGER hanya akan dilakukan apabila ahli telah mempunyai 5 orang yang telah menyerahkan Borang Permohonan.
- Sekiranya ahli tidak layak untuk membuat pinjaman, ahli boleh meneruskan penyertaan dalam projek ini dan bayaran yang sepatutnya dibayar kepada SINGER akan dipulangkan kepada ahli tersebut setelah dipotong komisyen yang sepatutnya diterima oleh Kelab.
Perhatian
- Keupayaan Kelab untuk membayar ansuran bulanan ahli bergantung kepada perkembangan jaringan ahli tersebut. Sekiranya jaringan beliau tidak berkembang, maka, kelab tidak akan menerima apa-apa komisyen dan sekaligus tidak mampu untuk membuat bayaran tersebut. Oleh itu ahli yang berkenaan hendaklah menjelaskan ansuran bulanan kepada SINGER hingga selesai atau sehingga jaringannya berkembang.
- Pengerusi Kelab bersama beberapa ahli yang lain telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan ini yang tidak boleh dinikmati sekiranya dilakukan berseorangan.
- Dengan hanya menjadi ahli Kelab Jom Motor Kelantan dan dengan bayaran RM400.00 dan 5 rakan, anda mampu memiliki motosikal ini. Adakah cara lain yang lebih mudah untuk anda memilikinya?